Nikahkan aku...!الزواج مني...!






Seorang solehin dulunya jika ditawarkan supaya menikah pasti menolak, tiba-tiba pada suatu hari dia bangun dari tidur dan berkata; "Nikahkanlah aku, nikahkanlah aku."
Orang ramai pun bertanya; "Mengapa tiba-tiba kamu minta menikah padahal selama ini engkau selalu menolak?"
Jawabnya; "Semoga aku mendapat anak, lalu mati ketika masih kecil sehingga menjadi perintis bagiku ke Akhirat.""Apa maksud kata-kata kamu ini?" tanya orang lagi.

"Aku telah bermimpi seakan-akan hari Kiamat telah tiba dan aku berdiri bersama banyak orang di Padang Mahsyar, dengan rasa yang amat haus sehingga hampir mematahkan leherku." Tiba-tiba aku nampak anak-anak kecil membawa gelas-gelas perak yang ditutupi sapu tangan dari cahaya. Anak-anak itu berada disekitarkalangan orang ramai untuk memberi minum satu-satu. Aku pun menghulurkan tanganku pada mereka dan berkata;"berikan padaku kerana aku juga sangat haus."

Tiba-tiba anak-anak kecil itu melihat padaku dan berkata;" anda tidak mempunyai anak di kalangan kami dan kami ini hanya memberi minum kepada Ibu dan Ayah kami". Aku pun bertanya; "Siapakah kamu?" Jawab mereka; "kami anak-anak kecil yang mati dari kaum Muslimin."



Dari kitab Irsyadul 'Ibad Ilasabilirrasyad

0 Comments:

Post a Comment



 

blogger templates | Make Money Online